Polis kenal pasti pelaku ceroboh asrama perempuan MRSM

Yahaya
Yahaya
A
A
A

KUANTAN - Polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung asrama perempuan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Pekan yang didakwa menjadi sasaran penceroboh seperti yang tular di media sosial sejak Ahad lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, siasatan kes itu telah dijalankan selepas laporan diterima.

Menurutnya, pihak polis juga telah menemui pihak MRSM untuk mendapatkan maklumat lanjut.

"Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti pelaku sama ada melibatkan orang dalam atau pelajar," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini pada Selasa.

Sebelum ini, seorang pengguna Facebook memuat naik hantaran mendakwa asrama perempuan MRSM di Pekan itu telah diceroboh individu tidak dikenali hingga menimbulkan kebimbangan ibu bapa pelajar.

Selain diceroboh, timbul dakwaan ada pelajar pernah diraba dan dicabul individu tidak dikenali di asrama itu.

Ekoran itu, ibu bapa meminta tindakan dan campur tangan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) bagi menjamin keselamatan pelajar.

Artikel Berkaitan:

Susulan itu, Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memberi jaminan kes itu akan ditangani sebaik mungkin.

Asyraf Wajdi sebelum ini berkata, dalam isu itu tiada yang cuba disorokkan selain memastikan keselamatan pelajar di kemudahan Mara terus terpelihara.

Beliau turut berkata, perkembangan kes yang berlaku akan diteliti dengan lebih mendalam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!