Perak pertingkat liputan telekomunikasi di hutan lipur

Kawasan hutan lipur antara lokasi pelancongan yang telah dikenal pasti untuk ditingkatkan liputan talian telekomunikasi menjelang Tahun Melawat Perak 2024. - Foto 123RF
Kawasan hutan lipur antara lokasi pelancongan yang telah dikenal pasti untuk ditingkatkan liputan talian telekomunikasi menjelang Tahun Melawat Perak 2024. - Foto 123RF
A
A
A

KAMPAR - Kawasan hutan lipur antara lokasi pelancongan yang telah dikenal pasti untuk ditingkatkan liputan talian telekomunikasi menjelang Tahun Melawat Perak 2024.

Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi berkata, jawatankuasa yang dianggotai pelbagai agensi juga telah dibentuk bagi melancarkan usaha kerajaan negeri memastikan destinasi pelancongan di negeri ini mempunyai liputan talian telekomunikasi terbaik.

Menurutnya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga telah diminta untuk meneliti kawasan-kawasan pelancongan yang memerlukan liputan talian telekomunikasi daripada Tourism Perak.

"Kita sudah kenal pasti satu atau dua syarikat yang boleh menawarkan perkhidmatan mungkin program tanggungjawab sosial korporat (CSR) daripada mereka terutamanya di kawasan hutan lipur kerana di kawasan tersebut kita tak oleh bina struktur menara selain mencari mekanisme lain untuk memastikan ketersambungan talian tersebut.

"Ini merupakan projek rintis dan kita jangka siap dilaksanakan sebelum penghujung tahun ini," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival Digital Perak 2023 di Terminal Kampar Putra Sentral di sini pada Selasa.

Mohd Azlan (tengah) menyempurnakan gimik pelancaran sempena Majlis Perasmian Karnival Digital Perak 2023 di Terminal Kampar Putra Sentral di sini pada Selasa.
Mohd Azlan (tengah) menyempurnakan gimik pelancaran sempena Majlis Perasmian Karnival Digital Perak 2023 di Terminal Kampar Putra Sentral di sini pada Selasa.

Mohd Azlan berkata, jika projek rintis tersebut berjaya, ia akan diperluaskan ke kawasan tumpuan pelancong lain dengan kerjasama semua pihak bagi memastikan Tahun Melawat Perak 2024 berjalan lancar.

Menurutnya, usaha yang dilakukan itu juga sudah dimaklumkan kepada Exco Pelancongan, Pelaburan, Industri dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee.

Artikel Berkaitan:

Pada 11 September lalu, Mohd Azlan mengumumkan usaha menambah baik jaringan telekomunikasi di beberapa kawasan pelancongan di negeri ini sebagai persiapan sempena Tahun Melawat Perak 2024.

Jelasnya, inisiatif berkenaan bukan sahaja meningkatkan kualiti liputan di kawasan pelancongan tetapi ia akan turut dinikmati penduduk kawasan luar bandar.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!