Harga ayam kekal stabil selepas pengapungan - KPDN

KPDN memuat naik poster mengenai harga ayam stabil selepas pengapungan di platform X pada Selasa.
KPDN memuat naik poster mengenai harga ayam stabil selepas pengapungan di platform X pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan harga ayam kekal stabil selepas pengapungan yang bermula pada 1 November, baru-baru ini.

KPDN berkata, sehingga kini, rata-rata penjualan ayam menunjukkan harga yang berpatutan dan tiada kenaikan mendadak di pasaran.

“Pihak kementerian melalui pasukan penguat kuasa dan pegawai pemantau harga akan sentiasa memantau bekalan serta pergerakan harga ayam.

“Seterusnya mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas peniaga yang mengambil kesempatan menjual pada harga tidak munasabah,” katanya menerusi hantaran di platform X pada Selasa.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan kerajaan bersetuju agar subsidi dan kawalan harga ayam ditamatkan sepenuhnya berkuat kuasa 1 November lalu bagi mengurangkan ketirisan yang mana pada ketika ini turut dinikmati warga asing serta golongan berpendapatan tinggi.

KPDN melalui pasukan penguat kuasa dan pegawai pemantau harga akan sentiasa memantau bekalan serta pergerakan harga ayam. - Gambar hiasan
KPDN melalui pasukan penguat kuasa dan pegawai pemantau harga akan sentiasa memantau bekalan serta pergerakan harga ayam. - Gambar hiasan

Bagaimanapun, Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu menjelaskan, subsidi serta kawalan harga bagi telur ayam gred A, B dan C akan diteruskan menggunakan mekanisme sedia ada.

Sementara itu, KPDN turut mencadangkan orang ramai untuk membuat perbandingan harga melalui aplikasi Price Catcher dan melaporkan sebarang salah laku peniaga kepada kementerian tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!