Agong, Raja Permaisuri ucap selamat sempena Krismas

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah and Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menyampaikan ucap selamat kepada masyarakat beragama Kristian di seluruh negara yang menyambut Krismas hari ini.

“Selamat Hari Krismas dan selamat Tahun Baharu kepada anda serta keluarga tersayang.

Semoga musim perayaan ini membawa keamanan, kemakmuran dan kegembiraan kepada semua,” titah Seri Paduka berdua dalam hantaran pada akaun Instagram Istana Negara. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!