Pegawai penguat kuasa disyaki minta RM30,000 direman

Seorang penguat kuasa (kanan) yang memakai baju lokap dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam untuk mendapatkan perintah reman bermula Selasa.
Seorang penguat kuasa (kanan) yang memakai baju lokap dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam untuk mendapatkan perintah reman bermula Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pegawai penguat kuasa direman tiga hari bagi membantu siasatan kes meminta RM30,000 daripada seorang pemilik syarikat sebagai balasan menutup kesalahan menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan tajaan penerbitan sebuah buletin.

Perintah reman terhadap suspek itu dikeluarkan oleh Majistret, Mohamed Redza di Mahkamah Majistret di sini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lelaki itu yang memakai baju lokap direman sehingga Khamis depan.

Pada Isnin, seorang suspek berusia dalam lingkungan 40-an ditahan pihak SPRM pada jam 4 petang, di sebuah kafe di sekitar Subang Jaya berhubung kes berkenaan.

Menurut sumber, suspek dipercayai menghubungi pemilik syarikat berkenaan pada bulan lalu dan meminta wang tersebut bagi tujuan berkenaan, yang dilaksanakan untuk sebuah jabatan kerajaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!