Ubah karakter dengan surah al-Insan

Nouman Ali pada program Road To QuranHour Convention Surah Al-Insan yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook QuranHour pada Selasa.
Nouman Ali pada program Road To QuranHour Convention Surah Al-Insan yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook QuranHour pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - World #QuranConvention 5.0 yang bakal berlangsung pada 2 Disember ini bakal menjadi platform membina asas kehidupan dalam membentuk kerangka fikir dan karakter diri menerusi surah al-Insan.

Pengarah dan penceramah World #QuranConvention 2023, Ustaz Nouman Ali Khan berkata, program diadakan tidak hanya mendengar ceramah semata-mata, tetapi dilihat bakal memainkan peranan penting dalam membentuk hubungan dan rangkaian umat Islam seluruh dunia.

Menurutnya, lokasi konvensyen itu nanti diharap menjadi tempat berkumpulnya ahli perniagaan, usahawan, pemain industri dan pemimpin ke arah mewujudkan rangkaian global mengikut acuan Islam.

“Saya sebenarnya teruja untuk mengendalikan konvensyen ini kerana peserta hadir bukan sahaja dari negara ini, bahkan dari Singapura, Indonesia, Brunei, Jerman, Perancis, Amerika Syarikat, Uzbekistan, Australia, Filipina dan India,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika program Road To QuranHour Convention Surah Al-Insan yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook QuranHour pada Selasa.

Program berkenaan dianjurkan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dengan kerjasama Bayyinah Institute berpangkalan di Dallas, Texas bertemakan 'Serve to Be Served: A Divine Guidance From Surah al-Insan' akan berlangsung di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA, Sepang.

World#QuranConvention adalah satu usaha mengajak ummah berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal.

Jelas Nouman, dengan menyasarkan individu, organisasi dan pemain industri hospitaliti seperti institusi kesihatan, agensi kerajaan dan swasta mampu meningkatkan sektor ekonomi negara secara langsung.

Artikel Berkaitan:

“Tema konvensyen kali ini turut memfokuskan kepentingan untuk menyantuni ummah berlandaskan al-Quran yang dipraktikkan dalam setiap dimensi sama ada secara individu, keluarga, masyarakat dan negara.

“Sebagai contoh, rantaian ekonomi adalah penting untuk membangunkan masyarakat dan negara.

“Ia dapat membantu seluruh rantaian masyarakat. Pemimpin misalnya perlu menyediakan program latihan dan kemahiran berbanding memberikan bantuan semata-mata,” ujar beliau.

Tambahnya, lebih menarik lagi apabila konvensyen itu bakal menjadi medan berinteraksi dan bertukar fikiran menerusi sesi soal jawab bersama penceramah.

“Saya mewakili pihak penganjur mengalu-alukan penyertaan dan penajaan dari organisasi, syarikat dan dermawan bagi membolehkan mereka yang tidak berkemampuan hadir mengikuti konvensyen kali ini,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!