City bergaya ke pusingan kalah mati

Haaland meraikan jaringannya ketika membenam Young Boys. - Foto AFP
Haaland meraikan jaringannya ketika membenam Young Boys. - Foto AFP
A
A
A

MANCHESTER City mara ke pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara selepas melakar kemenangan 3-0 ke atas pasukan Young Boys pada Rabu.

Pasukan kendalian Pep Guardiola itu telah memenangi kesemua empat perlawanan Kumpulan G untuk memastikan kemaraan ke pusingan 16 terakhir dengan baki dua perlawanan.

Haaland kembali cergas untuk memulakan perlawanan di Stadium Etihad selepas mengalami kecederaan buku lali ketika kemenangan 6-1 ke atas Bournemouth pada Sabtu.

Penyerang Norway itu menunjukkan dia bersedia untuk beraksi apabila dia meledak dua gol sekali gus merekodkan keseluruhan 39 gol dalam 34 perlawanan.

Dia meletakkan City di depan melalui sepakan penalti pada separuh masa pertama dan menjaringkan gol sekali lagi dengan percubaan jarak jauh selepas jaringan menarik dilakukan Phil Foden.

"Sudah tentu kami sangat gembira kerana layak dengan baki dua perlawanan lagi. Mungkin kami tidak cukup berbahaya pada saat terakhir untuk menjaringkan lebih banyak gol.

"Tetapi elemen penting dalam pasukan adalah konsistensi. Kami mempunyai standard yang tinggi dan itulah sebabnya kami masih berada di Liga Perdana Inggeris dan layak Liga Juara-Juara," kata Guardiola.

Namun, City juga dipalit dengan masalah kecederaan John Stones pada separuh masa pertama dan Manuel Akanji yang terpaksa digantikan oleh Kyle Walker selepas mengalami masalah belakang ketika sesi memanaskan badan.

Artikel Berkaitan:

“Manu mengalami masalah di bahagian belakang. Malangnya John, dia cedera sekali lagi.

“Ia adalah satu kehilangan besar bagi kami. Dia sangat penting selepas apa yang dia lakukan. Namun, dia akan pulih, musim ini masih panjang," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!