Agong terima watikah pelantikan empat perwakilan asing ke Malaysia

Al-Sultan Abdullah berkenan menerima watikah pelantikan daripada ketua perwakilan asing ke Malaysia, Dr Mubarak Saeed Ahmed Burshaid AlDhaheri dari Emiriah Arab Bersatu di Istana Negara pada Rabu. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Rabu berkenan menerima watikah pelantikan empat ketua perwakilan asing ke Malaysia di Istana Negara di sini.

Al-Sultan Abdullah (kiri) berkenan menerima watikah pelantikan daripada ketua perwakilan asing ke Malaysia, Dr Ismael Maaytah dari Jordan (kanan) di Istana Negara pada Rabu. - Foto Bernama
Al-Sultan Abdullah (kiri) berkenan menerima watikah pelantikan daripada ketua perwakilan asing ke Malaysia, Dr Ismael Maaytah dari Jordan (kanan) di Istana Negara pada Rabu. - Foto Bernama

Ketua perwakilan asing berkenaan ialah Dr Ismael Maaytah dari Jordan, Dr Mubarak Saeed Ahmed Burshaid AlDhaheri (Emiriah Arab Bersatu), Md Shameem Ahsan (Bangladesh) dan Juraj Koudelka (Republik Czech).

Selain itu, Al-Sultan Abdullah juga berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada Duta Besar Malaysia ke Maghribi, Shahabudeen Adam Shah.

Hadir sama pada istiadat itu ialah Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!