Pupuk nilai, budaya integriti perlu dilaksanakan secara berterusan

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berucap pada Majlis Sambutan Hari Integriti Kumpulan MBI dan Pelancaran Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) di Pusat Konvensyen Shah Alam pada Rabu. Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID

A
A
A

SHAH ALAM - Jenayah rasuah akan menjatuhkan imej negara, menjejaskan kestabilan politik, merosakkan ekonomi dan perpaduan rakyat dalam sesebuah negara sekiranya tidak dibendung sejak awal.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, usaha memupuk nilai dan budaya integriti dalam diri rakyat perlu dilaksanakan secara berterusan dan bukannya secara bermusim atau pada masa tertentu sahaja.

“Dari segi kedudukan di kalangan negara-negara ASEAN, Malaysia berada di tempat kedua terbaik selepas Singapura yang merekodkan tangga kelima daripada 180 negara dalam usaha membasmi rasuah.

“Tetapi, usaha daripada kerajaan dan institusi tertentu sahaja tidak mencukupi kerana ia merupakan tanggungjawab bersama semua lapisan masyarakat, baik yang berkhidmat di institusi awam dan swasta,” katanya ketika merasmikan pelancaran Pelan Anti Rasuah Organisasi (“OACP”) di Pusat Konvensyen Shah Alam pada Rabu.

Jelas Amirudin, pemerkasaan integriti terhadap penjawat awam dan pentadbiran negeri merupakan sebahagian daripada usaha yang tertangguh apabila beliau menyatakan lima tekad dalam meneruskan pentadbiran di bawah kerajaan sedia ada.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (kanan) dan Ketua Pegawai Operasi MBI, Saipolyazan M Yusop menyempurnakan gimik pelancaran Sambutan Hari Integriti Kumpulan MBI dan Pelancaran Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) di Pusat Konvensyen Shah Alam pada Rabu. Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID

“Saya percaya ia akan dikembangkan lagi dengan pelbagai aktiviti dan program yang mungkin kelihatan santai tetapi mampu memberi impak positif dan perlahan-lahan menjadi budaya serta pegangan dalam diri,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi MBI, Saipolyazan M Yusop berkata, syarikatnya melaksanakan usaha berterusan bagi membudayakan integriti menerusi pelbagai inisiatif dan program yang telah dijalankan.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, jaringan perlu diterokai dan diperluaskan terutamanya dengan institusi dan badan-badan yang turut berada di medan yang sama dalam usaha memperkukuhkan integriti serta memerangi rasuah.

“Justeru, pelancaran OACP ini merupakan satu langkah untuk menanamkan budaya dan nilai integriti dalam kaki tangan dan wakil bersama.

“Kami juga bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi pendidikan di peringkat sekolah sebagai langkah awal dalam memberi pendedahan mengenai implikasi jenayah rasuah.

“Pelbagai aktiviti yang dilakukan antaranya permainan, lukisan dan kartun menerusi panduan yang diberikan oleh SPRM bagi memastikan mereka mudah menerima dan memahami konteks sebenar mengenai keburukan jenayah ini,” jelas beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!