Kesal, sedih lihat MP PN 'penting diri' sokong PMX

Dari kiri: Iskandar Dzulkarnain, Suhaili, Mohd Azizi dan Zahari mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dari kiri: Iskandar Dzulkarnain, Suhaili, Mohd Azizi dan Zahari mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob kesal dan sedih melihat segelintir ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang lemah dan bersikap mementingkan diri apabila bertindak menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak kebelakangan ini.

Jelas pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu, apa yang berlaku sebenarnya merupakan titik tolak untuk mengasingkan antara ahli Parlimen PN yang istiqamah atau mereka yang 'selfish'.

Tegas menafikan beliau bakal menyertai kelompok ahli Parlimen PN yang menyokong Kerajaan Perpaduan, Fathul Huzir sebaliknya mempersoalkan keputusan mereka yang mengkhianati mandat rakyat serta sokongan padu jentera parti yang ikhlas dalam perjuangan PN.

Beliau turut menganggap kelompok ahli-ahli Parlimen PN yang berpaling tadah sebagai 'chickenhearted group' dan mengingatkan bahawa tawaran peruntukan pembangunan kawasan sahaja tidak cukup melayakkan mereka untuk mendakwa berjaya menyelamatkan rakyat.

Fathul Huzir
Fathul Huzir

"Dari awal lagi kita tahu bahawa sebagai pembangkang, kita akan ditekan dan diserang sebegini rupa. Saya akui pernah ditawarkan untuk menyatakan sokongan kepada Kerajaan Madanon (Kerajaan Perpaduan).

"Bukan kita seorang sahaja yang susah, fikirkan kawan-kawan lain dalam jemaah yang kekal setia dan istiqomah. Kalau mereka boleh, kenapa tidak kita? "Apa pun, saya bangga kerana dikelilingi rakan-rakan yang kuat, 'lionhearted group', berbanding kawan-kawan yang lemah, 'chickenhearted group'," katanya kepada Sinar Premium pada Rabu.

Beliau berkata demikian susulan seorang lagi ahli Parlimen Bersatu mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan dan Anwar dalam satu kenyataan media pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik adalah ahli Parlimen keempat berbuat demikian selepas wakil rakyat Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Dzulkarnain Abdul Khalid, Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang).

Sebagaimana alasan Dzulkarnain dan Suhaili, Zahari dan Mohd Azizi yang menyatakan sokongan pada Isnin turut menjelaskan keputusan itu demi mempertingkat pembangunan dan bantuan untuk kawasannya ketika rakyat berdepan kos sara hidup.

Sinar Premium difahamkan terdapat enam lagi ahli Parlimen daripada Bersatu didakwa bakal mengikut jejak langkah empat wakil rakyat tersebut, dengan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi turut dipetik membuat jangkaan yang sama.

Mengulas lanjut, Fathul Huzir menjelaskan kesemua ahli Parlimen PN sepatutnya perlu bersiap sedia dengan cabaran ketiadaan penerimaan peruntukan pembangunan kawasan daripada Kerajaan Perpaduan.

"Sebab itu rakyat masih menyokong perjuangan kita. Suara rakyat lebih besar untuk turunkan Kerajaan Madanon, Insya-ALLAH!" katanya lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!