Israel ugut bebas tebusan jika mahu laksana gencatan senjata

Patung beruang yang ditutup mata sebagai simbolik menuntut Hamas bebas orang awam Israel. - AFP, gambar kecil: Benjamin Netanyahu
Patung beruang yang ditutup mata sebagai simbolik menuntut Hamas bebas orang awam Israel. - AFP, gambar kecil: Benjamin Netanyahu
A
A
A

TEL AVIV - Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Selasa berkata, bahawa tidak akan ada bahan api akan dihantar ke Gaza dan tiada gencatan senjata dengan Hamas melainkan tebusan yang ditahan kumpulan pejuang Palestin itu dibebaskan.

Dalam satu kenyataan di televisyen menandakan bulan pertama perang Israel dengan Hamas, Netanyahu turut memberi amaran kepada kumpulan Hizbullah yang disokong Iran bahawa 'mereka akan melakukan kesilapan dalam hidup' jika ia membuka medan perang baharu dari pangkalannya di Lubnan.

Konflik Hamas-Israel yang bermula 7 Oktober lalu apabila pejuang Islam melancarkan serangan roket ke wilayah Israel.

Menurut Israel, kira-kira 1,400 orang awam terbunuh dan Hamas menangkap lebih 240 tebusan dalam serangan terburuk ke atasnya sejak tahun 1948.

Sebagai tindak balas, Israel telah melancarkan serangan ke atas Hamas di kawasan Palestin yang diperintahnya, yang menempatkan kira-kira 2.4 juta penduduk.

Kementerian Kesihatan Hamas berkata, bahawa lebih 10,300 orang yang kebanyakan orang awam telah terbunuh oleh serangan kejam Israel itu.

Terdapat gesaan antarabangsa yang semakin meningkat supaya gencatan senjata segera dilaksanakan.

Namun, Netanyahu berkata 'tidak akan ada kemasukan bahan api dan... tiada gencatan senjata tanpa pembebasan tebusan kami'. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!