Pengurus sumber manusia ditahan disyaki kemuka tuntutan palsu Penjana

- Gambar hiasan
- Gambar hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengurus sumber manusia bagi membantu siasatan kerana mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM200,000 kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Menurut sumber, suspek seorang wanita berusia 35 tahun itu ditahan kira-kira jam 10 pagi Rabu selepas hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Johor Bahru.

Difahamkan, suspek yang bertugas di sebuah syarikat swasta telah mengemukakan tuntutan palsu kepada PERKESO melalui borang pengesahan pekerja secara dalam talian.

Borang tersebut mengandungi butir matan palsu bagi memperoleh peruntukan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) untuk melaksanakan Program Insentif Pengambilan Pekerja sedangkan program tidak dilaksanakan sepenuhnya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Suspek kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!