HPPNK 2023 sasar 350,000 pengunjung

A
A
A

HPPNK menjadi medan yang menghimpunkan setiap komponen sektor pertanian negara di samping memberi maklumat dan pengalaman yang bermanfaat kepada para pengunjung.
HPPNK menjadi medan yang menghimpunkan setiap komponen sektor pertanian negara di samping memberi maklumat dan pengalaman yang bermanfaat kepada para pengunjung.

SHAH ALAM - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyasarkan kehadiran 350,000 pengunjung ke acara berprestijnya, Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2023 yang akan diadakan di Dataran Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak bermula 10 hingga 12 November 2023.

Bertemakan ‘Keterjaminan Makanan Untuk Masa Depan’ HPPNK akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dijangka mendapat sambutan meriah.

Kali terakhir HPPNK diadakan ialah pada tahun 2019 iaitu sebelum pandemik Covid-19 melanda negara.

KPKM dalam satu kenyataan berkata, HPPNK 2023 dianjurkan bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan sektor agro makanan untuk dijadikan satu agenda dalam negara demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan pembangunan negara.

“Sambutan HPPNK juga diadakan sebagai tanda penghargaan kerajaan terhadap sumbangan peladang, penternak dan nelayan yang menjadi penyumbang utama makanan di negara kita.

“Malah, HPPNK adalah salah satu platform untuk mempamerkan kisah kejayaan para peladang, penternak dan nelayan di samping menggalakkan dan menarik minat golongan muda untuk menceburi sektor pertanian,” jelas KPKM dalam kenyataan itu pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

HPPNK 2023 juga bakal memberi peluang kepada masyarakat peladang, penternak dan nelayan bertemu melalui ekspo yang berlangsung secara fizikal selama tiga hari.
HPPNK 2023 juga bakal memberi peluang kepada masyarakat peladang, penternak dan nelayan bertemu melalui ekspo yang berlangsung secara fizikal selama tiga hari.

HPPNK 2023 melibatkan kerjasama KPKM serta jabatan dan agensi di bawahnya dengan Kerajaan Negeri Perak dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sebagai agensi pelaksana serta kerjasama dari rakan-rakan strategik, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta yang berkepentingan dalam sektor agromakanan negara.

Selain itu, HPPNK 2023 yang berkonsepkan ‘mood’ baharu sebagai daya tarikan khusus untuk golongan orang muda dengan empat fokus utama iaitu Agro Mellenia berkonsepkan Keyakinan bagi golongan Belia, Agroteknologi dan Inovasi berkonsepkan daya cipta, Sejahtera Madani berkonsepkan kemampanan, hormat dan sejahtera serta Agro Madani berkonsepkan sejahtera dan ihsan.

No Image Caption

Peluang dan tarikan

HPPNK 2023 juga bakal memberi peluang kepada masyarakat peladang, penternak dan nelayan bertemu melalui ekspo yang berlangsung secara fizikal selama tiga hari.

Penganjurannya dijangka menarik minat golongan muda menceburi bidang pertanian selain memberikan semangat baharu kepada golongan peladang, penternak dan nelayan di samping memberi kesempatan kepada mereka mendapatkan pengetahuan mengenai pemasaran sekali gus menjana pendapatan yang tinggi.

“Penganjuran HPPNK 2023 diharap akan membantu merancakkan semula ekonomi negara selain menyediakan banyak peluang pekerjaan dalam sektor pertanian dan industri agro makanan,” jelas KPKM.

 HPPNK 2023 turut menonjolkan kepentingan teknologi dan inovasi dalam industri agro makanan negara
HPPNK 2023 turut menonjolkan kepentingan teknologi dan inovasi dalam industri agro makanan negara

Pada masa sama, HPPNK 2023 turut menawarkan tarikan menarik kepada para pengunjung dengan Jualan Agro Madani Mega yang berkonsepkan ‘Makanan Malaysia Madani’ dengan 333 aneka menu makanan popular negeri-negeri di seluruh Malaysia bersama menu viral.

Selain itu, HPPNK 2023 turut menonjolkan kepentingan teknologi dan inovasi dalam industri agro makanan negara melalui tujuh showcase seperti mekanisasi, tanaman, ternakan, perikanan, food wastage, kelestarian pertanian dan perubahan iklim serta Internet Pelbagai Benda (IoT).

No Image Caption

Dari dari segi teknologi pula, HPPNK 2023 memberi peluang kepada pra pengunjung mencuba combine harvester simulation yang memberikan pengalaman mengendalikan jentuai padi. Malah, para pengunjung juga boleh melihat secara dekat ternakan seperti lembu hibrid, baka kambing dan ayam saga.

Turut dipamerkan ialah teknologi dron, prototaip sistem pertanian pintar serta model sistem pengairan dan saliran pertanian, Recirculating Aquaculture System (RAS) asuhan ikan marin (kerapu dan siakap) dan ternakan higenik (moina) dan lain-lain lagi.

Di samping itu, HPPNK 2023 turut memberi penekanan terhadap pengurusan sisa menerusi penghasilan by-product seperti kertas dan benang daripada serat nanas, demo pengurusan sisa dapur bagi penghasilan kompos daripada sisa tanaman serta impak perubahan iklim terhadap sektor pertanian.

Kekuatan dan keupayaan mana-mana negara bukan sahaja ditentukan dengan saiz dan aset ketenteraan, tetapi keupayaannya untuk mempertahan bekalan makanan.
Kekuatan dan keupayaan mana-mana negara bukan sahaja ditentukan dengan saiz dan aset ketenteraan, tetapi keupayaannya untuk mempertahan bekalan makanan.

Para usahawan juga berpeluang mengikuti program keusahawanan yang akan berlangsung secara fizikal seperti forum, sesi dialog awam dan ceramah keusahawanan daripada para panel serta usahawan yang berpengalaman.

Keterjaminan makanan

KPKM menegaskan, sejarah telah mencatatkan sama ada di waktu krisis mahupun aman, banyak negara lumpuh hanya kerana ketidakcukupan makanan atau kebergantungannya kepada bekalan negara luar.

Justeru, kekuatan dan keupayaan mana-mana negara bukan sahaja ditentukan dengan saiz dan aset ketenteraan, tetapi keupayaannya untuk mempertahan bekalan makanan.

Malah, makanan turut memainkan peranan besar dalam pembangunan negara menerusi strategi nutrisi yang betul.

Makanan yang dihasilkan menentukan kesihatan gaya hidup dan kecerdasan rakyat sekali gus menentukan masa depan negara.



No Image Caption

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!