Syed Saddiq bersalah

Syed Saddiq (kiri) ketika hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis.
Syed Saddiq (kiri) ketika hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR -Mahkamah Tinggi di sini Khamis mendapati Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersalah atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

"Mahkamah memutuskan pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dan pendakwaan berjaya melepasi keraguan munasabah.

Oleh itu, tertuduh didapati bersalah di atas kesemua pertuduhan," kata Hakim Azhar.

Mahkamah kini sedang mendengar hujahan mitigasi pendakwaan dan pembelaan berhubung keputusan itu.

No Image Caption

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin bersama Mohd 'Afif Ali manakala peguam Gobind Singh Deo dan Haijan Omar mewakili Syed Saddiq.

Syed Saddiq, 30, didakwa bersubahat dengan bekas Penolong Bendahari Armada Rafiq Hakim Razali yang diamanahkan dengan dana Armada berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu.

Artikel Berkaitan:

Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020 mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Syed Saddiq (kiri) ketika hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis.
Syed Saddiq (kiri) ketika hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis.


Pendakwaan mohon Syed Saddiq disebat minimum enam kali

Pihak pendakwaan memohon Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dihukum penjara minimum enam tahun, denda tidak kurang RM7 juta dan sebatan antara enam hingga 10 kali.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata demikian ketika sesi pemberatan di hadapan Hakim, Datuk Azhar Abdul Hamid, yang memutuskan Syed Saddiq, 31, bersalah atas empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA).

Bagi kesalahan bersubahat pecah Amanah, Wan Shaharuddin memohon agar bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu ini dipenjara dalam lingkungan dua hingga empat tahun, sebatan maksimum lima kali dan denda sehingga RM3 juta (gagal bayar dua tahun penjara).

Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz mencium dahi anaknya, Syed Saddiq ketika di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz mencium dahi anaknya, Syed Saddiq ketika di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB

Sementara kes salah guna harta, beliau mencadangkan tertuduh dihukum penjara antara dua hingga tiga tahun, denda dalam lingkungan RM200,000 hingga RM500,000 (gagal bayar setahun penjara) dan sebatan tiga ke lima kali.

Dua pertuduhan kes AMLA pula, pendakwaan berharap mahkamah menjatuhi hukuman penjara antara satu hingga dua tahun dan denda RM5 juta bagi setiap pertuduhan.

“Kami menghujahkan, wajib dikenakan sebatan kerana berdasarkan tertuduh dalam kes lain, mahkamah mengenakan hukuman berkenaan bagi pertuduhan yang sama.

“Selain itu, kami mohon hukuman penjara bagi keempat-empat pertuduhan ini, berjalan secara berasingan,” katanya.

Wan Shaharuddin turut menyatakan harapan, agar ahli politik lain berfikir sedalam-dalamnya sebelum menanam hasrat untuk melakukan kesalahan sama.

Beliau turut mendoakan, anak kelahiran Johor Bahru ini berubah menjadi anak dan ahli politik yang lebih baik.

No Image Caption


'Saya tetap percaya institusi kehakiman' - Syed Saddiq

Bukan sahaja terima dan menghormati keputusan mahkamah seperti mana orang lain tetapi dalam masa sama menetapkan kepercayaan ke atas institusi kehakiman negara, kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, sebagai seorang penggubal dasar negara (Ahli Parlimen), satu perkara penting untuknya menetapkan kepercayaan terhadap institusi suci tersebut.

Tegas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), perkara itu bukan sahaja perlu diyakini sebelum ini, tetapi juga pada hari ini (sekarang) dan masa hadapan.

"Tidak ada beza antara saya dan orang lain, maka saya juga perlu menghormati keputusan yang telah ditetapkan oleh hakim.

"Hasil perbincangan dengan pihak peguam, kami ada kes yang baik untuk difailkan kepada Mahkamah Rayuan dan menjadi penentuan terbaik kepada diri saya.

"Mahkamah adalah penentu dan medan terbaik untuk membersihkan nama saya," katanya dalam sidang akhbar pada Khamis.

Beliau berkata demikian selepas Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid menjatuhkan hukuman sebatan bagi kesalahan jenayah kolar putih, selain turut dihukum penjara tujuh tahun dan denda RM10 juta.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, usaha mengubah negara bukan terletak pada personaliti atau individu tertentu, sebaliknya atas keperkasaan institusi dan parti.

Beliau berkata, bagi menjadi seorang pemimpin yang mahu memajukan negara, dia perlu menjadi 'putih daripada putih'.

Tegasnya, perkara itu adalah sangat mustahak dan dipertonjolkan kepada rakyat.

"Saya perlu terima seadanya dan sebagai seorang nakhoda, saya perlu lawan bagi memastikan Malaysia menjadi negara yang maju," ujarnya.

Ditanya sama ada beliau bersedia menerima kritikan dan kecaman, Syed Saddiq berkata, perkara itu akan dihadapi dengan hati terbuka seperti mana menerima keputusan yang dikenakan ke atasnya hari ini.

Syed Saddiq
Syed Saddiq

Jelasnya, meskipun bukan satu yang mudah untuk 'ditelan', namun beliau terima seadanya dan hormati keputusan dibuat oleh hakim.

"Saya ada mesyuarat tergempar bersama kepimpinan Muda pada jam 4 petang ini (Khamis) dan sidang akhbar dilakukan selepas itu sekitar jam 5 petang.

"Ia berhubung dengan keputusan politik saya dan perancangan masa depan Muda itu sendiri," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!