Jenazah Tia Jinbara selamat dikebumikan

Jenazah Tia atau nama sebenarnya, Shamsul Bakhtiar Zakaria, 53, selamat dikebumikan jam 10 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kota Raja, Klang.
Jenazah Tia atau nama sebenarnya, Shamsul Bakhtiar Zakaria, 53, selamat dikebumikan jam 10 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kota Raja, Klang.
A
A
A

JENAZAH bekas vokalis kumpulan Jinbara, Tia atau nama sebenarnya, Shamsul Bakhtiar Zakaria, 53, selamat dikebumikan jam 10 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kota Raja, Klang.

Lebih 200 orang hadir mengiringi penyanyi itu ke persemadian terakhirnya termasuk rakan artis seperti Nizam Laksamana, Bagio, Ali, Yabang, Cepot, Anjang, Ameng, Adifashla, Ismahalil dan Liza Hanim.

Terdahulu, jenazah yang juga ahli kariah Masjid Kota Raja tiba jam 8.30 pagi untuk dimandi dan dikafankan.

Penyanyi yang cukup hits menerusi lagu Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.17 malam di Hospital Shah Alam akibat kanser hati.

Isteri Allahyarham, Suzan Ahmad baharu sahaja melancarkan tabung bantuan buat Tia kelmarin bagi menampung kos pemindahan hati di New Delhi, India.

Menerusi temu bual bersama Sinar Harian semalam, Suzan memberitahu, Tia akan mendapatkan rawatan di Institut Kanser Negara terlebih dahulu sementara menunggu dana mencukupi untuk ke India.

Bagaimanapun perancangan itu tidak menjadi kenyataan.

Tia dan Suzan mendirikan rumah tangga pada Mei 2009, tetapi tidak dikurniakan cahaya mata.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!