MTL: Elak kunjungi air terjun, pantai - APM Pasir Puteh

Nik Mohd Nor sedang memberikan taklimat kepada anggota APM Pasir Puteh semasa latihan persediaan menghadapi MTL.
Nik Mohd Nor sedang memberikan taklimat kepada anggota APM Pasir Puteh semasa latihan persediaan menghadapi MTL.
A
A
A

PASIR PUTEH - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pasir Puteh mengingatkan orang ramai supaya tidak mengunjungi kawasan air terjun dan pantai sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) dijangka bermula Sabtu ini.

Pegawainya, Kapten (PA) Nik Mohd Nor Nik Mat berkata, keadaan cuaca yang tidak menentu boleh menyebabkan fenomena kepala air dan air pasang sekali gus mengundang risiko bahaya.

"Kita sedia maklum Pasir Puteh cukup terkenal dengan Pantai Bisikan Bayu dan Tok Bali di mana ramai yang melakukan aktiviti memancing, mandi manda serta berkelah.

"Di sini juga terdapat air terjun Jeram Pasu, Jeram Mengaji, Jeram Linang dan banyak lagi yang berisiko jika dikunjungi pada musim MTL," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Latihan ketat memberikan keyakinan kepada anggota wanita APM Pasir Mas dalam menghadapi operasi menyelamat.
Latihan ketat memberikan keyakinan kepada anggota wanita APM Pasir Mas dalam menghadapi operasi menyelamat.

Sebelum itu, APM Pasir Puteh telah mengadakan latihan persediaan menghadapi MTL selama dua hari di muara Sungai Semerak, di sini.

Menurut beliau, jajahan terbabit juga antara kawasan berisiko banjir kerana mempunyai penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan pinggir sungai.

Justeru, penduduk dinasihatkan supaya mengambil langkah awal dengan menyimpan dokumen penting di tempat selamat dan sentiasa bersedia dan mendengar arahan daripada pihak berkuasa.

Artikel Berkaitan:

Nik Mohd Nor memberitahu, sepanjang musim banjir golongan ibu bapa disarankan supaya memantau pergerakan anak-anak dengan tidak benarkan mereka bermain air.

APM Pasir Puteh siap sedia menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang MTL yang dijangka bermula Sabtu ini.
APM Pasir Puteh siap sedia menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang MTL yang dijangka bermula Sabtu ini.

"Kita sedia maklum, banjir sering disalah ertikan oleh sesetengah pihak sebagai pesta air.

"Aktiviti tersebut boleh mengancam nyawa malah mendedahkan orang ramai kepada penyakit berjangkit bawaan air," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!