Kecekapan pegawai kerajaan perlu dipertingkat - PM
Walaupun ketika ini kecekapan pelaksanaan projek di dalam negara dilihat berada pada tahap baik, namun tahap kecepatan kelulusan projek masih belum memuaskan, katanya.
Justeru, beliau berkata mereka perlu diberikan pendedahan dan latihan tambahan mengenai perancangan dan kaedah menangani permasalahan yang melibatkan pelaksanaan projek di satu-satu kawasan berkaitan.
"Antara cabaran kita adalah kepantasan atau kecepatan meluluskan bila sudah ada keputusan. Betul, kita sudah runding dan teliti tetapi ada masalah kita lewat meluluskan (projek) bukan sahaja di Kuala Lumpur, tetapi di seluruh negara.
Ini yang disebut ‘ease of doing business’, maknanya kepantasan atau kecepatan meluluskan setelah mengambil kira semua peraturan diteliti, dicerakin sebelum kelulusan dibuat,” katanya ketika berucap melancarkan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040, di sini pada Khamis.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!