Muda perlu diterajui presiden baharu

Syed Saddiq
Syed Saddiq
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) wajar diterajui pemimpin lain bagi memberi ruang kepada Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyelesaikan rayuan kes mahkamah selepas disabitkan bersalah.

Seorang pemimpin Muda Selangor, Dr Muhammad Nur Aufa Kamarul Zaman berkata, parti itu perlu berpegang teguh kepada prinsip tidak bertolak-ansur kepada perasuah maka tindakan harus diambil.

Ujarnya, dengan langkah tersebut, Syed Saddiq dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam urusan rayuan kes empat pertuduhan berkenaan.

"Dengan takzim, saya mohon untuk Muda diterajui oleh insan lain agar YB (Syed Saddiq) dapat fokus kepada urusan rayuan dan hukuman sekiranya kekal bersalah.

"Muda perlu kekal berprinsip untuk tidak berkompromi dengan mana-mana perasuah," katanya di Aplikasi X pada Khamis.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis memutuskan Syed Saddiq bersalah atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Dr Muhammad Nur Aufa turut mendoakan Ahli Parlimen Muar itu supaya diberikan kekuatan dalam menghadapi dugaan tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Sebagai sahabat seperjuangan lebih sedekad, saya mendoakan agar Allah mudahkan urusan YB dan memberi kekuatan kepada keluarganya," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!