Ketua Hakim Negara bertemu Menteri Kehakiman Arab Saudi

Tun Tengku Maimun - Foto Bernama.
Tun Tengku Maimun - Foto Bernama.
A
A
A

RIYADH - Menteri Kehakiman Arab Saudi Dr. Waleed bin Mohammed Al-Samaani pada Rabu mengadakan pertemuan dengan Ketua Hakim Negara Malaysia, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan delegasi pengiringnya di Riyadh.

Kedua-duanya membincangkan cara untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang kehakiman antara kedua-dua negara.

Dr Al-Samaani menerangkan perkembangan terkini mengenai kemudahan kehakiman kerajaan negara itu di semua peringkat, terutama bidang perundangan, dengan sokongan Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, dan pengawasan dan tindakan susulan oleh Putera Mahkota dan Perdana Menteri, Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz. - Bernama.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!