Warga emas dihanyutkan banjir ditemui lemas

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

LAWAS - Seorang lelaki warga emas yang dikhuatiri hilang selepas dihanyutkan arus deras banjir di Jalan Sungai Sepakoi malam tadi ditemukan mati lemas, awal pagi Khamis.

Mangsa yang dikenali sebagai Silas Sudai, 63, dijumpai petugas yang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan jalan raya di kawasan tebingan berbatu di antara Kuala Sungai Sepakoi dan Sungai Long Tengoa pada pukul 7 pagi.

"Mangsa dijumpai tiga kilometer dari lokasi terakhir dia dilihat sebelum dihanyutkan arus deras,” kata jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataan.

Sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Lawas yang dimaklumkan kejadian itu telah bergegas ke lokasi dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis pada kira-kira 10.10 pagi untuk tindakan lanjut.

Mangsa dilaporkan hilang oleh rakannya sekitar 11.30 malam tadi, ketika dipercayai cuba memeriksa paras air banjir yang menenggelamkan jalan menghubungkan Lawas ke Long Sukong. - Bernama.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!