SAR mangsa runtuhan bangunan di Pulau Perhentian diteruskan

Seorang mangsa masih belum dijumpai dalam runtuhan bangunan restoran di sebuah resort di Pulau Perhentian pada Khamis.
Seorang mangsa masih belum dijumpai dalam runtuhan bangunan restoran di sebuah resort di Pulau Perhentian pada Khamis.
A
A
A

KUALA BESUT - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi pekerja yang dipercayai terperangkap di bawah runtuhan bangunan sebuah resort dalam pembinaan di Pulau Perhentian di sini diteruskan malam ini.

Ketua Polis Daerah Besut Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, kekuatan anggota SAR telah ditambah termasuk daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) menjadikan keseluruhan kekuatan sebanyak 84 anggota malam ini.

"Ketiadaan jentera berat yang sukar dibawa masuk berikutan lokasi kejadian jauh dari daratan menyebabkan anggota penyelamat terpaksa melakukan pencarian secara manual melibatkan timbunan runtuhan setinggi hampir sembilan meter dari bangunan tiga tingkat itu.

"Pasukan penyelamat sedang sedaya upaya menggunakan pelbagai kaedah untuk memastikan saki-baki runtuhan tidak menghempap mangsa yang dipercayai berada di tengah-tengah bangunan,” katanya.

Difahamkan keadaan cuaca di lokasi kejadian adalah baik, selain terdapat kemudahan pencahayaan bagi meneruskan operasi pencarian pekerja lelaki warga Indonesia dikenali sebagai Suparno itu, malam ini. - Bernama.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!