Tiada fi dikenakan tahun depan, ambil kira kebajikan peguam syarie

Mohd Na'im - Foto Bernama
Mohd Na'im - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar tidak berhasrat untuk menetapkan fi di bawah Seksyen 23, 24, 29 dan 31 Akta Profesion Guaman Syarie (Akta 814) (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 bagi tahun hadapan.

Menerusi kenyataan pada Jumaat, beliau berkata, keputusan itu dibuat susulan kajian lanjut sedang dilaksanakan, fi masih belum ditetapkan dan mengambil kira kebajikan peguam syarie.

"Bagi maksud ini, pindaan akan dibuat kepada Kaedah-Kaedah Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Fi) 2023," katanya.

Ujar Mohd Na'im, pindaan tersebut akan disiarkan di dalam warta dan dikuatkuasakan dalam masa terdekat.

Berdasarkan akta ini, terdapat fi di bawah seksyen tersebut yang perlu dibayar kepada ketua pendaftar dan peruntukan ini memberikan kuasa kepada menteri untuk menetapkan fi yang berkenaan.

Bagi tahun 2023, tiada fi dikenakan dan perkara itu telah diperuntukkan melalui Kaedah-Kaedah Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Fi) 2023 [P.U. (A) 30/2023] yang disiarkan dalam warta pada 26 Januari lalu.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!