Israel lancar serangan di Tebing Barat, 14 terkorban

Kelihatan asap berkepul-kepul di bandar Jenin, Tebing Barat pada Khamis. - Foto Xinhua
Kelihatan asap berkepul-kepul di bandar Jenin, Tebing Barat pada Khamis. - Foto Xinhua
A
A
A

TEBING BARAT - Selepas mengepung Gaza dan membunuh ramai penduduk awam di wilayah itu, rejim Israel melancarkan serangan bertubi-tubi tanpa henti pula di Tebing Barat.

Ia susulan 14 rakyat Palestin terbunuh dalam pertempuran paliing dahsyat di kawasan itu dalam tempoh beberapa bulan.

Tentera Israel menyerbu bandar Jenin dengan pertempuran bersenjata dilancarkan dalam tempoh berjam-jam lamanya.

Imej dipaparkan turut menunjukkan asap putih dan serpihan tembakan bertaburan di atas jalan.

Menurut saksi, tembakan kedengaran selama berjam lamanya di antara Israel dengan ratusan pejuang.

Israel kini menyasarkan operasi di bandar Jenin, lokasi kem pelarian atas dakwaan untuk menghapuskan kumpulan pejuang.

Mereka menggunakan teknologi dron yang canggih untuk tujuan itu.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, antara yang terbunuh ialah seorang remaja lelaki berusia 15 tahun.

Artikel Berkaitan:

Pertempuran juga berlaku di kawasan lain di Tebing Barat dengan kematian dilaporkan berhampiran Baitulaham, Nablus dan Hebron serta di pinggir Ramallah.

Sekurang-kurangnya 178 rakyat Palestin terbunuh di Tebing Barat sejak serangan 7 Oktober dari Gaza ke atas Israel. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!