Bersatu buat laporan polis, SPRM dakwa wujud ugutan, rasuah
10 November 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 10 NOVEMBER 2023
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan dua lagi ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) menyatakan sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan.
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan itu dibuat kerana mendakwa wujud ugutan dan rasuah yang mempengaruhi keputusan ahli Parlimen berkenaan.
Menurutnya, tawaran pemberian peruntukan kepada wakil rakyat PN secara tidak langsung telah melanggar Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa