Presiden Palestin tolak langkah Israel bahagi dua Gaza

Mahmoud Abbas
Mahmoud Abbas
A
A
A

GAZA - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menyifatkan sebarang langkah oleh tentera Israel untuk membahagikan Gaza kepada dua bahagian sebagai tidak boleh diterima.

Selain itu, beliau tegaskan, wilayah terkepung itu adalah sebahagian daripada Palestin.

Ketegasan disuarakan Mahmoud dalam dua panggilan telefon berasingan dengan Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte dan Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese.

Dalam perbuatan dengan Rutte, beliau berkata, kenyataan tentera Israel baru-baru ini bahawa tenteranya telah membahagikan Gaza kepada dua kerana ia mencapai 'peringkat penting' dalam peperangannya terhadap kumpulan Palestin Hamas adalah tidak boleh diterima.

Menurutnya, semestinya tiada penyelesaian politik atau keselamatan yang berasingan untuk Gaza.

Sebelum ini, jurucakap tentera Israel, Laksamana Muda Daniel Hagari berkata, pada masa ini, terdapat Utara Gaza dan Selatan Gaza.

Mahmoud menekankan keperluan melaksanakan penyelesaian yang sah dari segi politik berdasarkan piawaian antarabangsa untuk kebebasan, kemerdekaan dan kedaulatan rakyat Palestin.

Ketika dihubungi Albanese, Mahmoud menekankan keperluan segera menghentikan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.

Artikel Berkaitan:

Beliau menyatakan bahawa mereka adalah wakil rakyat Palestin yang sah dan hak untuk membuat keputusan nasional terletak pada Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!