Kenaikan kos, banyak restoran mamak tak sedia Menu Rahmah

Kebanyakan restoran mamak di negara ini tidak dapat meneruskan penyediaan Menu Rahmah berikutan kenaikan kos barangan keperluan. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Jawahar)
Kebanyakan restoran mamak di negara ini tidak dapat meneruskan penyediaan Menu Rahmah berikutan kenaikan kos barangan keperluan. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Jawahar)
A
A
A

KUALA SELANGOR - Kebanyakan restoran mamak di negara ini tidak dapat meneruskan penyediaan Menu Rahmah berikutan kenaikan kos barangan keperluan.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, pengusaha restoran tidak dapat menampung kenaikan harga barangan yang tinggi.

"Kami dan pihak kerajaan sendiri tidak pernah memaksa restoran mamak menyediakan Menu Rahmah, tetapi ia bergantung kepada kemampuan masing-masing," katanya.

Jawahar berkata, setakat ini, terdapat kira-kira 30 peratus atau 4,000 daripada lebih 12,000 pengusaha restoran mamak yang berdaftar di bawah Presma masih meneruskan inisiatif berkenaan.

Bagaimanapun, tegas beliau, tiada kenaikan harga makanan sewenang-wenangnya di restoran mamak meskipun peningkatan harga keperluan.

Jelas beliau, setakat ini rata-rata pengusaha restoran masih mampu menampung kenaikan itu dan menjual pada harga munasabah.

"Kita tidak nafikan ada berlaku peningkatan kos barangan, tetapi Presma tidak terjemahkan kepada kenaikan harga makanan yang kami jual melainkan jika kos itu terlalu tinggi atau naik secara mendadak.

"Jika ada kenaikan harga makanan sekali pun, saya yakin ia pada kadar cukup minimum," ujar beliau.

Artikel Berkaitan:

Ditanya adakah berlaku peningkatan jumlah pelanggan di restoran mamak berikutan kempen boikot produk makanan segera dikaitkan dengan Israel, Jawahar berkata, kedatangan pelanggan tidak banyak berubah kerana dua restoran itu terdiri daripada dua kluster berbeza.

"Makanan segera lebih berkonsep kayangan, manakala (segmen perniagaan) kami (tumpu) makanan harian.

"Kami tidak menyediakan sajian sama kerana pelanggan yang datang ke (restoran mamak) hendak santai," jelas beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!