Lulus undi sahkan kedaulatan Palestin terhadap sumber asli

Rakyat Palestin beratur di loji penyahgaraman air bagi mendapatkan bekalan air di Gaza. - Foto Reuters
Rakyat Palestin beratur di loji penyahgaraman air bagi mendapatkan bekalan air di Gaza. - Foto Reuters
A
A
A

NEW YORK - Jawatankuasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Persoalan Ekonomi dan Kewangan (Jawatankuasa Kedua) atau UN General Assembly's Committee on Economic and Financial Questions (Second Committee) mengundi menyokong resolusi yang mengesahkan kedaulatan rakyat Palestin ke atas sumber asli mereka.

Resolusi itu mengesahkan kedaulatan rakyat Palestin di wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur dan kedaulatan penduduk Arab di Golan Syria ke atas sumber asli mereka, lapor Agensi Berita Palestin WAFA.

Resolusi itu juga menyeru Israel untuk menghentikan eksploitasi, kerosakan, punca kerugian atau kekurangan dan mengancam sumber asli di wilayah terbabit.

Selain itu, resolusi berkenaan menegaskan bahawa pembinaan tembok apartheid, penempatan Israel di Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur dan merampas sumber semula jadi rakyat Palestin merupakan pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Resolusi itu turut menggesa Israel mematuhi keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa berkaitan pembinaan tembok apartheid yang tidak sah. - Bernama/WAFA

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!