Johan Ghazali bakal buat penampilan pertama jumpa Edgar Tabares
PETARUNG muda negara, Johan 'Jojo' Ghazali, akan melakukan penampilan pertamanya dalam Primetime US, ONE Championship pada 8 Disember depan.
Pada hari berkenaan, bintang meningkat naik itu akan bertarung dengan juara Muay Thai Antarabangsa WBC, Edgar Tabares, dalam pertarungan ONE Fight Night 17.
Kedua-dua petarung itu akan bertembung dalam acara flyweight di Stadium Tinju Limpinee di Bangkok, Thailand.
Jojo, 16, mempamerkan aksi luar biasanya sepanjang beraksi dalam ONE Championship musim ini.
Selepas mencuri tumpuan dengan meraih kemenangan KO 16 saat dalam One Friday Fights 6 pada Februari lalu, dia terus mempamerkan aksi dominan dalam siri mingguan Primetime Asia.
Antara yang menjadi mangsanya ialah Tai Sor Jor Piek Uthai, Samurai Seeopal dan Temirlan Bekmurzaev. - Astro Arena
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!