Harga ayam di NS serendah RM6.50 sekilogram


Jalaluddin (dua dari kanan) melihat senarai barang di bawah harga kawalan sepanjang SHMMP Deepavali 2023 yang ditunjukkan oleh Muhammad Zahir.
Jalaluddin (dua dari kanan) melihat senarai barang di bawah harga kawalan sepanjang SHMMP Deepavali 2023 yang ditunjukkan oleh Muhammad Zahir.
A
A
A

JELEBU - Selepas seminggu pelaksanaan pengapungan harga ayam, harga bahan mentah itu di Negeri Sembilan didapati masih terkawal dengan paling rendah dijual RM6.50 sekilogram (kg).

Exco Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, berdasarkan pemantauan dibuat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), harga paling tinggi dijual peniaga iaitu RM10.40 sekilogram.

"Ramai pihak yang mengatakan bila ada pengapungan ini, maka harga ayam tidak boleh dikawal, melonjak dan sebagainya.

"Tapi bagi tempoh hampir dua minggu selepas penguatkuasaan pengapungan harga ini, ia masih terkawal dan di Pasar Awam Simpang Pertang ini dijual RM10.40 sekilogram iaitu pada harga normal," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat Tinjauan Mesra Pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2023 peringkat Negeri Sembilan di Pasar Awam Simpang Pertang di sini, pada Jumaat.

Jalaluddin membuat tinjauan sempena pelancaran SHMMP Deepavali 2023 peringkat Negeri Sembilan di Pasar Awam Simpang Pertang pada Jumaat.
Jalaluddin membuat tinjauan sempena pelancaran SHMMP Deepavali 2023 peringkat Negeri Sembilan di Pasar Awam Simpang Pertang pada Jumaat.

Hadir sama, Pengarah KPDN Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan.

Jalaluddin berkata, masyarakat harus memahami harga ayam di pasaran boleh jadi tidak konsisten kerana bergantung kepada permintaan terutama pada musim perayaan.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun katanya, harganya masih terkawal dan boleh lagi diterima oleh pengguna.

Sementara itu beliau menjangkakan tindakan India mengehadkan eksport bawang dan mengenakan harga eksport minimum AS$800 setiap tan, sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada harga bahan mentah tersebut.

Namun jelas Jalaluddin, buat masa ini ia masih dijual pada harga terkawal selain bawang merupakan antara barangan yang dikawal sepanjang SHMMP ini.

Jalaluddin (dua dari kiri) melihat harga bawang besar yang dijual di Pasar Awam Simpang Pertang.
Jalaluddin (dua dari kiri) melihat harga bawang besar yang dijual di Pasar Awam Simpang Pertang.

Dalam pada itu ujarnya, kerajaan negeri telah mengambil beberapa langkah intervensi sebagai persediaan bagi memastikan keperluan asas makanan mencukupi sepanjang musim tengkujuh ini.

"Setakat ini stok bekalan makanan kita terutamanya beras, minyak masak dan gula masih mencukupi untuk menampung keperluan ketika musim tengkujuh.

"Walaupun akan berlaku sedikit pengurangan bekalan di mana-mana, tapi kerajaan negeri akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan bekalan makanan kita mencukupi," katanya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!