Econsave Prihatin bantu dua beradik hidap penyakit kronik

Zamzuri (kiri) hadir menyerahkan sumbangan Econsave Prihatin kepada dua beradik yang hidap penyakit kronik di Taman Sri Tandop, Jalan Simpang Empat, Alor Setar.
Zamzuri (kiri) hadir menyerahkan sumbangan Econsave Prihatin kepada dua beradik yang hidap penyakit kronik di Taman Sri Tandop, Jalan Simpang Empat, Alor Setar.
A
A
A

ALOR SETAR - Dua beradik yang mengidap masalah kesihatan kronik di Taman Sri Tandop, Jalan Simpang Empat, dekat sini mendapat perhatian pasar raya Econsave.

Pengurus Besar Econsave Bahagian Utara, Zamzuri Mansor berkata, nasib dua beradik tersebut menyentuh hati pihaknya dan terpanggil untuk menyerahkan sumbangan barangan Econsave Prihatin bernilai RM1,000.

Menurutnya, sumbangan tersebut bagi meringankan beban keluarga terbabit selain menjadi tanggungjwab sosial korporat pasar raya itu membantu mereka yang memerlukan.

"Sumbangan ini telah diserahkan kepada ibu dua beradik yang menghidap penyakit jantung dan kanser adrenal di rumah mereka baru-baru ini," katanya kepada Sinar Harian.

Sumbangan Econsave Prihatin adalah salah satu cara pasar raya itu mendekati masyarakat selain berkongsi rezeki bersama.
Sumbangan Econsave Prihatin adalah salah satu cara pasar raya itu mendekati masyarakat selain berkongsi rezeki bersama.

Jelas Zamzuri, sumbangan Econsave Prihatin adalah salah satu cara pihaknya mendekati masyarakat selain berkongsi rezeki bersama.

Pada 19 September lalu, akhbar ini melaporkan dua beradik diuji dengan penyakit kronik apabila kakak mengidap penyakit jantung sejak lahir manakala adik perempuannya disahkan menghidap kanser adrenal ataupun Adrenocortical carcinoma tahap empat sejak usia tiga tahun.

Ibu mereka, Nur Syazwani Ramli, 32, berkata, anak sulungnya, Puteri Saidatul Nisa Mohamad Zamzury, 10, sudah menjalani pembedahan sekali bagi merawat jantungnya pada usia enam bulan.

Artikel Berkaitan:

Anak keduanya pula,Puteri Izzatunnisa, 6, dikesan menghidap kanser yang terbentuk di lapisan luar kelenjar adrenal dan menjejaskan pengeluaran hormon telah menjalani pembedahan tujuh kali termasuk ditidurkan empat kali oleh doktor bagi merawat penyakit tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!