MBPJ raih emas di China

A
A
A

No Image Caption



SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mencatat kejayaan apabila berjaya meraih pengiktirafan tertinggi dengan memenangi anugerah emas sempena The 48th International Convention On Quality Control Circles 2023, yang telah diadakan di Beijing, China, baru-baru ini.

MBPJ yang diwakili kumpulan Iron Squadron dari Jabatan Kejuruteraan MBPJ memperkenalkan inovasi Flush Mount Cap (FMC) - Grating merupakan projek inovasi yang dihasilkan oleh kakitangan MBPJ untuk menyelesaikan masalah grating dan manhole yang mendap selepas kerja-kerja korekan dan penyelenggaraan jalan.

MBPJ dalam satu kenyataan berkata, terdapat banyak aduan grating berulang dan kerja-kerja penyelenggaraan mengambil masa yang lama menyebabkan kumpulan Iron Squadron mencipta Flush Mount Cap - Grating.

“Projek inovasi ini bagi menukarkan grating yang lama dengan tujuan penciptaan grating yang baru bagi menambah baik grating sedia ada.

No Image Caption



“Inisiatif ini juga merupakan salah satu usaha berterusan MBPJ untuk mengembangkan potensi inovasi dalam perkhidmatan selari dengan matlamat utama MBPJ ke arah Petaling Jaya Smart, Sustainable & Resilient (PJSSR) 2030,”katanya di sini, hari ini.

Konvensyen itu telah disertai sebanyak 13 buah negara iaitu China, India, Indonesia, Korea, Singapore, Malaysia, Thailand, Hongkong China, Taiwan China, Zambia, Mauritius, Sri Lanka dan Bangladesh yang telah berlangsung pada 30 Oktober hingga 2 November lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!