12 cedera, seorang parah, gas ammonia kilang ais bocor

Pasukan bomba menyelamatkan mangsa yang cedera.
Pasukan bomba menyelamatkan mangsa yang cedera.
A
A
A
SANDAKAN - Seramai 13 pekerja kilang ais mengalami sesak nafas, sakit mata dan iritasi pada kulit selepas terhidu gas ammonia dalam kejadian di Batu 3, di sini, pada Jumaat.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mesin untuk membuat ais di kilang tersebut pecah menyebabkan berlakunya kebocoran gas ammonia.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus@Mohd Nidzam Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.02 pagi.

Menurutnya, seramai 16 anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh satu kilometer dari BBP Sandakan.

Pasukan bomba memakai pakaian perlindungan diri (PPE) sebagai langkah keselamatan.
Pasukan bomba memakai pakaian perlindungan diri (PPE) sebagai langkah keselamatan.

"Terdapat 13 pekerja kilang terperangkap di dalam sehingga menyebabkan lima daripadanya termasuk seorang lelaki mengalami kecederaan parah.

"Simptom yang dialami mangsa ialah pedih mata dan mengalami kemerahan pada mata, iritasi pada kulit selain didapati dalam keadaan lemah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Katanya lagi, pasukan bomba memakai pakaian perlindungan diri (PPE) untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam bangunan tersebut.

"Lima mangsa yang didapati mengalami simptom terkena gas tersebut segera dihantar ke hospital menggunakan ambulans.

Artikel Berkaitan:

"Pasukan bomba kemudian membuat operasi nyahcemar dan sanitasi di seluruh kawasan tersebut. Pemantauan turut dijalankan di kawasan bangunan berhampiran dan mengarahkan semua pekerja segera ke kawasan yang diisytiharkan selamat," katanya.

Pasukan bomba melakukan kerja nyahcemar terhadap sebuah kilang ais yang mengalami kebocoran gas ammonia.
Pasukan bomba melakukan kerja nyahcemar terhadap sebuah kilang ais yang mengalami kebocoran gas ammonia.

Tambah Severinus lagi, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengarahkan lokasi kejadian dan kawasan berhampiran ditutup dengan radius 100 meter sehingga keadaan selamat.

"Operasi kemudian ditamatkan pada jam 12.06 tengah hari selepas pasukan bomba memastikan tiada lagi bahaya wujud di lokasi kejadian," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!