Ketua UMNO Bachok saman bekas Pemuda, setiausaha

Gambar dari kiri Yusri, Mohd Hasparuddin dan Mat ludin
Gambar dari kiri Yusri, Mohd Hasparuddin dan Mat ludin
A
A
A

KOTA BHARU - Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Yusri Che Noh memfailkan saman terhadap bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Mohd Hasparuddin Hanafi dan bekas Setiausaha UMNO Bahagian, Mat Ludin Hassan.

Yusri menuntut permohonan maaf dan ganti rugi berikutan satu gambar kertas undi yang bertulisan mengkritik kepimpinan ketua bahagian itu yang juga calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat, tersebar di media sosial ketika kempen pilihan raya negeri baru-baru ini.

Yusri pada Ogos lalu telah menghantar notis tuntutan ganti rugi berjumlah RM1 juta seorang terhadap Hasparuddin dan Mat Ludin melalui peguam kedua-dua mereka, peguam Tetuan Irmohizam Rosley dan Nik Adli.

Sementara itu, Mohd Hasparuddin ketika dihubungi memberitahu sudah menjawab tuntutan tersebut serta menafikan penglibatan menyebarkan gambar terbabit.

"Bagaimanapun semalam saya menerima writ saman melalui peguam beliau dan kes ditetapkan untuk sebutan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 29 November 2023," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!