Lelaki maut terkena semburan gas ammonia

Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
A
A
A

SANDAKAN - Polis mengesahkan seorang lelaki maut dalam kejadian kebocoran gas ammonia di sebuah kilang ais di Batu 3 di sini, pada Jumaat.

Mangsa lelaki tempatan berusia 40 tahun itu disahkan meninggal dunia ketika tiba di Hospital Duchess of Kent (HDOK).

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika kerja penyelenggaraan mesin pemotong air.

Menurutnya, kerja penyelenggaraan itu dilakukan oleh seorang mekanik dengan dibantu tujuh pekerja lain.

"Ketika kerja penyelenggaraan dilakukan, sebatang paip sistem penyejukan telah bocor dan menyebabkan gas ammonia dalam keseluruhan tiub sistem penyejukan tersembur keluar.

"Akibat kejadian itu, seorang pekerja lelaki tempatan berusia 40 tahun berada berhampiran paip yang bocor telah terkena semburan gas ammonia dan tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke hospital, namun disahkan meninggal dunia," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Abdul Fuad berkata, seramai 18 pekerja berusia 21 hingga 55 tahun bekerja di kilang tersebut.

"Ketika kejadian terdapat 17 pekerja dan kesemuanya kini sedang menerima rawatan di HDOK.

Artikel Berkaitan:

"Pihak polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan 12 pekerja sebuah kilang ais di sini mengalami sesak nafas, sakit mata dan iritasi pada kulit, manakala seorang cedera parah akibat gas ammonia bocor dalam kejadian jam 10 pagi, Jumaat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!