'Prank' hari jadi melampau...
INDONESIA – Keterujaan seorang kanak-kanak untuk memotong kek sempena sambutan hari jadinya terganggu selepas beberapa ahli keluarga melakukan gurauan atau prank melampau dengan menyimbah semangkuk telur ke kepalanya.
Lebih menyedihkan gurauan kasar itu telah merosakkan kek hari jadinya.
Menerusi video berdurasi 1 minit itu yang dimuat naik The Sun memaparkan pada mulanya kanak-kanak yang memegang pisau pemotong kek itu kelihatan gembira untuk memotong kek hari lahirnya.
Dia seolah-olah tidak sabar untuk memotong kek tersebut sambil tersenyum riang menunggu nyanyian lagu hari lahir selesai dinyanyikan namun dia terkejut apabila dihujani dengan telur di kepalanya ketika ingin memotong kek tersebut.
Lebih mengejutkan apabila seorang lelaki yang telah mencurahkan semangkuk telur di atas kepala kanak-kanak tersebut.
Namun begitu, kanak-kanak tersebut kelihatan masih berusaha untuk memotong kek hari jadinya itu.
Selepas itu, ahli keluarganya juga bertindak merosakkan seluruh kek hari jadinya dengan mencalitkan kek tersebut ke mukanya yang kelihatan sangat sedih terhadap perkara yang telah berlaku itu.
Walaupun kanak-kanak tersebut kelihatan menggeleng-gelengkan kepalanya supaya tindakan tersebut dihentikan, namun ahli keluarganya tetap meneruskan perbuatan tersebut.
Perkongsian video tersebut kini tular di media sosial yang meraih melebihi 1 juta tontonan dan rata-rata netizen mengecam tindakan yang dilakukan oleh ahli keluarganya yang beranggapan prank yang dilakukan itu bersifat kejam dan mampu memberi kesan kepada anaknya.
“Memang tak patut apa yang dilakukan oleh keluarganya. Ini bukan nak prank kawan-kawan kita atau prank orang dewasa. Yang nak di prank itu kanak-kanak. Dia mesti mengharapkan keluarganya melakukan yang terbaik untuk hari jadinya tapi apa yang diterima sebaliknya,” kata John Smith
Ana Rihana pula memberitahu “Ini kejam dan akan memberi kesan kepada anaknya. Ini bukan prank yang sepatutnya untuk dilakukan pada kanak-kanak. Nampak sungguh dia bersedih diperlakukan begitu. Kalau dia dah besar kalau bertindak kasar dengan korang, jangan pelik pula ya,”.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!