Niaga hadapan emas dijangka catat dagangan berhati-hati minggu depan

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan dagangan berhati-hati minggu depan berikutan pasaran memasuki tempoh yang tenang menjelang perayaan Krismas dan Tahun Baharu. - Gambar hiasan
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan dagangan berhati-hati minggu depan berikutan pasaran memasuki tempoh yang tenang menjelang perayaan Krismas dan Tahun Baharu. - Gambar hiasan
A
A
A

KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan dagangan berhati-hati minggu depan berikutan pasaran memasuki tempoh yang tenang menjelang perayaan Krismas dan Tahun Baharu.

Rakan Pengurusan SPI Asset Managemen,t Stephen Innes berkata, pasaran emas akan menyaksikan tindakan yang terhad melainkan terdapat kejutan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang penting minggu depan.

"Risiko yang tinggi masih di Timur Tengah, tetapi berdasarkan tingginya hasil AS tanpa pemangkin yang tidak dijangka, kita akan melihat pasaran yang tidak menentu minggu depan.

"Melainkan situasi di Timur Tengah lebih serius, emas akan bergerak lebih tinggi dengan respons Pengerusi Rizab Persekutuan AS Jerome Powell mengenai kenaikan terbaru kadar,” katanya kepada Bernama.

Justeru, beliau menjangka aset selamat itu diniagakan antara US$1,945 dan US$1,970 setiap auns troy minggu depan.

Bagi minggu baru berakhir, jumlah niaga hadapan emas domestik merosot kepada 692 lot daripada 1,016 lot diniagakan pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 185 kontrak daripada 158 kontrak sebelum ini.

Pada asas mingguan, kontrak bulan semerta November 2023 susut kepada AS$1,959.60 setiap auns troy daripada AS$1,998.50 setiap auns troy, Disember 2023 merosot kepada AS$1,970.10 setiap auns troy daripada AS$2,008.40 setiap auns troy dan Januari 2024 berkurangan kepada AS$1,979.80 setiap auns troy daripada AS$2,018.10 setiap auns troy sebelum ini.

Kontrak bagi Februari 2024, April 2024 dan Jun 2024, masing-masing ditutup kepada AS$1,988.70 setiap auns troy daripada AS$2,018.10 setiap auns troy pada minggu sebelumnya.

Artikel Berkaitan:

Harga emas fizikal berada pada AS$1,957.45 setiap auns troy, menurut penetapan London Bullion Market Association pada 9 November. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!