Kementerian Luar Palestin sambut baik draf resolusi UNESCO mengenai Gaza

Kepulan asap memenuhi ruang udara Gaza akibat serangan Zionis Israel. - Foto EPA
Kepulan asap memenuhi ruang udara Gaza akibat serangan Zionis Israel. - Foto EPA
A
A
A

RAMALLAH - Kementerian Luar Palestin menyambut baik penerimaan draf resolusi yang dikemukakan oleh negara Arab berhubung situasi di Palestin dan Gaza pada sesi ke-42 Persidangan Agung UNESCO.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, kementerian itu menekankan mengenai kepentingan resolusi bertajuk 'Impact and consequences of the current situation in the Gaza Strip/Palestine in all aspects of UNESCO's mandate,' lapor Agensi Berita Palestin WAFA.

Resolusi itu menyeru agar menghentian segera serangan terhadap orang awam terutamanya kanak-kanak, wanita, belia dan golongan pendidik.

Menurut kenyataan itu, resolusi berkenaan turut menggesa agar serangan ke atas sekolah, kolej dan universiti dihentikan serta-merta.

Resolusi itu turut menggesa kecaman terhadap pembunuhan berterusan wartawan dan kemusnahan pusat media, tapak warisan, muzium dan pusat kebudayaan.

Tindakan berkenaan jelas melanggar semua konvensyen dan prinsip kemanusiaan dan antarabangsa UNESCO.

Kementerian juga menyeru negara-negara anggota untuk bertindak segera menghentikan pencerobohan Israel, membenarkan kemasukan bantuan ke Gaza, menghalang pemindahan paksa rakyat Palestin dan memberi perlindungan kepada mereka. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!