Mayat lelaki ditemukan dalam keadaan ngeri dipercayai dibaham harimau

Mangsa ditemukan oleh seorang lelaki warga tempatan yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di kawasan terbabit. - Foto ihsan PDRM
Mangsa ditemukan oleh seorang lelaki warga tempatan yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di kawasan terbabit. - Foto ihsan PDRM
A
A
A

GUA MUSANG - Mayat seorang lelaki Indonesia ditemui dalam keadaan mengerikan dipercayai dibaham harimau di kawasan kebun getah Kuala Wok, Pos Pasik, di sini pada Jumaat.

Mangsa ditemukan oleh seorang lelaki warga tempatan yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di kawasan terbabit.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan cebisan anggota tubuh mangsa itu pada jam 9.30 pagi.

"Kami telah gerakkan satu operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan kerjasama JBPM (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia), Perhilitan (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) Gua Musang dan penduduk setempat.

Operasi SAR melibatkan kerjasama JBPM, Perhilitan Gua Musang dan penduduk setempat telah digerakkan. - Foto ihsan PDRM
Operasi SAR melibatkan kerjasama JBPM, Perhilitan Gua Musang dan penduduk setempat telah digerakkan. - Foto ihsan PDRM

"Hasil operasi telah menemui cebisan kaki di kawasan cerun lebih kurang 500 meter dari lokasi anggota SAR tiba," katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Menurut beliau, seterusnya anggota penyelamat telah ke lokasi kedua dan menemui cebisan badan serta sebahagian kaki kira-kira 300 meter dari kawasan penemuan pertama.

Artikel Berkaitan:

Jenazah mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat. - Foto ihsan pembaca
Jenazah mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat. - Foto ihsan pembaca

Ujarnya, mayat mangsa berjaya dibawa keluar oleh pasukan SAR pada jam 4.40 petang dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

Choon Foo memberitahu, Perhilitan akan meneruskan pemasangan kamera dan perangkap harimau dalam usaha mengesan haiwan liar terbabit.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!