Malakat Mall, KoPPIM bantu usahawan perkasa ekonomi Islam

Presiden PPIM, Datuk Nadzim Johan (tiga dari kir) dan Pengasas Kumpulan Malakat, Fadzil Hashim (empat dari kanan) melakukan gimik pelancaran Kempen BMF Global Movement dan ‘March4Gaza’ yang berlangsung di Malakat Mall pada Sabtu. - Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID

A
A
A

CYBERJAYA - Malakat Mall bersama Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) melancarkan kempen Buy Muslim First Global Movement (BFM) bagi membantu usahawan tempatan dan antarabangsa memperkasa semula ekonomi Islam.

Pengasas pusat beli-belah itu, Mohd Fadzil Hashim berkata, kempen tersebut merupakan usaha memperluaskan sokongan terhadap produk usahawan tempatan dan juga daripada negara-negara Islam yang lain.

Menurutnya, sebagai tanda sokongan pihak mereka turut mengadakan karnival usahawan untuk memberi peluang memperkenalkan jenama barangan masing-masing.

“Kami turut melancarkan karnival usahawan bagi memberi peluang pengusaha tempatan memperkenalkan hasil jualan mereka di sini.

"Usahawan yang menyertai karnival ini pula terdiri daripada pengeluar produk dan memainkan peranan dalam ekosistem ekonomi negara.

“Kempen ini bukan bersifat bangsa atau kita ingin memboikot barangan bukan Islam, tetapi lebih kepada memperkuat ekonomi orang Islam sendiri,” katanya dalam Majlis Pelancaran BMF Global dan March4Gaza di sini pada Sabtu.

Sebahagian peserta menyertai perarakan pada Majlis Pelancaran Kempen BMF Global Movement dan ‘March4Gaza’ di Malakat Mall pada Sabtu. - Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID
Sebahagian peserta menyertai perarakan pada Majlis Pelancaran Kempen BMF Global Movement dan ‘March4Gaza’ di Malakat Mall pada Sabtu. - Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID

Turut hadir, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan beberapa ahli daripada badan bukan kerajaan (NGO) sebagai tetamu jemputan.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, menurut Mohd Fadzil, Malakat Mall bukan sahaja digunakan sebagai platform untuk memperkenalkan jenama Islam tempatan pada setiap minggu, tetapi juga daripada Indonesia dan Turki.

Beliau berkata, ia susulan usaha masyarakat di negara ini memboikot produk pro- Israel berjaya memberi impak luar biasa.

"Boikot akan lebih berkesan sekiranya disusuli dengan usaha memperkenalkan barangan alternatif kepada pengguna.

"Usaha untuk memboikot memberi impak kepada orang ramai sehinggakan mereka bukan sahaja tidak masuk ke premis perniagaan yang diboikot, malah malu untuk kelihatan di kawasan sekitarnya,” jelasnya.

Sebahagian peserta yang hadir pada ‘Pelancaran Kempen Buy Muslim First Global Movement (BMF)’ dan ‘March4Gaza’ di Malakat Mall pada Sabtu. - Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID
Sebahagian peserta yang hadir pada ‘Pelancaran Kempen Buy Muslim First Global Movement (BMF)’ dan ‘March4Gaza’ di Malakat Mall pada Sabtu. - Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID

Sementara itu, Pengerusi KoPPIM, Mustapa Kamal Mohd Razali berkata, dengan membangunkan semula ekonomi Islam dan domestik, ia membantu pengguna untuk terus menggunakan barangan jenama tempatan sebagai tanda solidariti.

Ulasnya, semua pihak perlu terus istiqamah dalam melakukan usaha memboikot produk pro- Israel.

“Kita harap usahawan di luar sana mengeluarkan produk untuk beri pilihan kepada pengguna,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!