Pelajar maut motosikal hilang kawalan langgar treler

Keadaan motosikal dan treler yang terlibat kemalangan.
Keadaan motosikal dan treler yang terlibat kemalangan.
A
A
A

BATU PAHAT - Seorang pelajar sekolah menengah maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan melanggar sebuah treler di Jalan Muar-Yong Peng dekat sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kejadian pada jam 5.30 petang itu melibatkan motosikal jenis Yamaha 125Z ditunggang remaja terbabit dan sebuah treler yang membawa kenderaan baharu.

"Hasil siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila remaja lelaki berusia 17 tahun berasal dari Kukup, Pontian itu datang dari arah Yong Peng ke Batu Pahat.

"Sampai di tempat kejadian tiba-tiba motosikal mangsa hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan terlanggar sebuah treler.

"Treler berkenaan membawa kenderaan baharu dipandu lelaki berumur 36 tahun berasal dari Felda Sungai Koyan 1, Pahang," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, mangsa, Muhammad Danial Ikmal Dinee cedera parah di bahagian muka dan kepala.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Semasa kejadian hujan renyai-renyai

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!