United lega akhirnya menang

Lindelof (dua dari kanan) meledak gol kemenangan Manchester ketika menewaskan Luton Town 1-0 dalam saingan EPL awal pagi Ahad. - Foto EPA.
Lindelof (dua dari kanan) meledak gol kemenangan Manchester ketika menewaskan Luton Town 1-0 dalam saingan EPL awal pagi Ahad. - Foto EPA.
A
A
A

MANCHESTER United boleh menarik nafas lega apabila kembali ke landasan kemenangan selepas menumpaskan Luton Town 1-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi Ahad.

Kemenangann hasil gol tunggal, Victor Lindelof pada babak kedua perlawanan itu nyata mengurangkan tekanan ke atas pengendalinya Erik ten Hag.

Apa tidaknya ten Hag sebelum ini tidak senang duduk untuk memburu kemenangan selepas The Red Devils kalah kepada Copenhagen dalam saingan Liga Juara-Juara.

Ia diburukkan lagi dengan rekod mengecewakan apabila lima daripada 10 aksi United di laman sendiri berakhir dengan kekalahan sekali gus menjadi permulaan hambar dalam sejarah kelab itu sejak 1930.

"Ia hari yang baik. Kami sepatutnya mengambil jalan lebih mudah dengan meledak jaringan lebih awal dan kemudian menghasilkan gol kedua. Kami memerlukan kemenangan dan berjaya memperolehinya," ujar Ten hag.

Dalam aksi di laman sendiri itu, Lindelof muncul wira apabila menyudahkan dengan baik hantaran Marcus Rashford pada minit ke-59.

"Saya perlu memuji pasukan yang terus berusaha, kekal berdisiplin dan tidak memberikan ruang kepada lawan," kata Ten Hag.

Menerusi kemenangan itu, United turut mengakhiri tiga kekalahan dalam empat aksi sebelum ini untuk menghuni tangga keenam liga setakat ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!