'Kali ini VAR betul' - Arteta
MIKEL Arteta menerima dengan terbuka keputusan VAR ketika Arsenal yang beraksi 10 pemain menang ke atas Burnley 3-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di laman sendiri pada Sabtu.
Ia susulan layangan kad merah ke atas Fabio Vieira yang mengasari Josh Brownhill pada minit-minit akhir saingan diterima dengan tenang oleh Arteta dalam aksi di Stadium Emirates itu.
Arteta sebelum ini pengkritik keputusan pengadil susulan kekalahan 0-1 di Newcastle hujung minggu lalu dan bakal berdepan hukuman daripada Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris.
Pada sidang media selepas perlawanan Arteta sempat bergurau berhubung keputusan VAR tersebut.
"Kad merah, kali ini VAR betul. Keputusan pengadil adalah tepat. Keputusan yang baik.
"Tolong tanya saya berkenaan VAR kerana hari ini (Sabtu) ia sangat bagus. Saya harap pujian terhadap pengadil keluar di televisyen," kata Arteta.
Dalam aksi tersebut, Leandro Trossard, William Saliba dan Oleksandr Zinchenko meledak jaringan buat Arsenal, manakala gol tunggal pasukan pelawat pula diraih menerusi sentuhan Josh Brownhill.
Menerusi kemenangan itu membolehkan The Gunners menghuni tempat kedua liga menyamai kutipan 27 mata dengan pendahulu liga, Manchester City.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!