MyCARE salur bantuan lebih RM1 juta untuk Palestin

Suhaizan dan Rodzi (tengah) berarak dalam Himpunan Aman Solidariti Program Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai Prihatin Palestin di Johor Bahru pada Ahad.
Suhaizan dan Rodzi (tengah) berarak dalam Himpunan Aman Solidariti Program Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai Prihatin Palestin di Johor Bahru pada Ahad.
A
A
A
JOHOR BAHRU - Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) sudah menyalurkan bantuan lebih RM1 juta kepada rakyat Palestin sejak perang tercetus bulan lalu.

Pengurus MyCARE Johor, Rozi Abdul Ghani berkata, bantuan tersebut yang dikutip menerusi tabung dilancarkan Pasar Raya Econsave Cash and Carry Sdn Bhd (Econsave) dengan kerjasama MyCARE Johor pada 14 Oktober lalu itu melibatkan kewangan, perubatan dan makanan.

"Sumbangan ini dihulurkan rakyat Malaysia dari seluruh negara bagi membantu rakyat Palestin dan daripada kutipan berkenaan sebanyak RM300,000 adalah dari Johor.



"Alhamdulillah MyCARE telah menyalurkan bantuan fasa pertama RM500,000 selepas dua atau tiga hari perang tersebut tercetus kepada pejabat dan wakil kami di Gaza.



"Fasa kedua pula sebanyak RM500,000 lagi disalurkan ke Wisma Putra baru-baru ini," katanya kepada pemberita selepas Himpunan Aman Solidariti Program Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai Prihatin Palestin di sini pada Sabtu.



Turut hadir Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat; Penasihat Ummah Johor, Idrus Shaik dan Setiausaha Persatuan Kebajikan Infaq Johor Bahru, Johari Abdul Aziz.

Rodzi berkata, kutipan terkini selepas RM1 juta itu adalah berjumlah RM280,000 dan sehingga hari ini pungutan masih lagi diteruskan.

Sementara itu, Suhaizan berkata, himpunan aman solidariti seperti yang diadakan pada Sabtu dengan kehadiran hampir 1,000 orang itu wajar diteruskan bagi menzahirkan solidariti kepada Palestin.

"Kita nak satu kesedaran rakyat Malaysia tentang apa yang berlaku di Palestin adalah satu bentuk penjajahan. Kezaliman yang dilakukan bukan terhadap orang Islam sahaja tetapi semua rakyat Palestin tidak kira agama sama ada Islam atau Kristian, semuanya dizalimi," katanya.

Mengenai Minggu Solidariti Palestin yang diadakan pada 29 Oktober hingga Jumaat lalu di sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi serta Institut
Artikel Berkaitan:


Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara yang mendapat tentangan beberapa ahli Parlimen bukan Islam sebelum ini, beliau berkata, program itu wajar diteruskan.

Beliau berpendapat, tujuannya adalah baik bagi mendidik nilai-nilai manusiawi, termasuk hak asasi manusia dan sifat ihsan dalam kalangan pelajar namun menghormati pandangan pihak lain kerana negara ini mengamalkan demokrasi.

Selain menerusi tabung berkenaan, sumbangan juga boleh disalurkan ke dalam akaun Humanitarian Care Malaysia Berhad menerusi Maybank Islamic Berhad 5515 7500 4299; CIMB Islamic Bank Berhad (8602 135 592); Bank Islam Malaysia Berhad (1209 2010 0349 04).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!