Tun Abdul Hamid nafi sertai 'Dialog Pulangkan Najib'

Tun Abdul Hamid. (Gambar kanan: Poster iklan yang mendakwa Tun Abdul Hamid diundang sebagai salah seorang speaker dalam program dialog tersebut.)
Tun Abdul Hamid. (Gambar kanan: Poster iklan yang mendakwa Tun Abdul Hamid diundang sebagai salah seorang speaker dalam program dialog tersebut.)
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad menafikan bahawa beliau diundang sebagai salah seorang speaker dalam 'Dialog Pulangkan Najib' di Dataran Bukit Tariq, Klebang Permai Melaka pada Ahad seperti yang dinyatakan dalam sebuah poster.

Ujar Tun Abdul Hamid, pihak-pihak yang berkenaan dituntut supaya menarik balik poster tersebut dan membuat permohonan maaf terhadapnya.

“Saya tidak tahu menahu mengenai dialog itu; saya tidak pernah bersetuju untuk hadir sebagai seorang speaker atau dalam apa kapasiti sekalipun.

“Saya merujuk kepada poster iklan yang disiarkan oleh pihak-pihak tertentu kononnya menyatakan bahawa saya akan menghadiri sebagai seorang speaker di Dialog Pulangkan Najib pada 12 November 2023 di Dataran Bukit Tariq, Klebang Permai Melaka mulai jam 8.30 malam.

“Saya nafikan poster iklan itu sekeras-kerasnya. Ia adalah satu pembohongan yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!