Malaysia, Jordan bincang kerjasama dua hala di luar Sidang Tergempar OIC
Menerusi catatan di Facebook pada Ahad, Perdana Menteri berkata, pertemuan beliau bersama Raja Abdullah II berlangsung dalam suasana penuh santai dan harmoni.
"Pertemuan itu juga membibitkan lagi peluang kerjasama dua hala Malaysia-Jordan selain lawatan peringkat tertinggi kedua-dua negara pada 2024 dan kerjasama sektor swasta khususnya teknologi dron dan kerjasama ketenteraan.
"Kami turut membincangkan keperluan untuk menangani ketegangan di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis, terutamanya serangan oleh pendatang Israel terhadap penduduk Palestin,” katanya.
Menurut Anwar pertemuan itu antara lain membincangkan usaha untuk menghentikan perang di Gaza, selain membincangkan mengenai krisis kemanusiaan yang menjejaskan penduduk yang tidak bersalah di rantau itu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!