Banjir: 10 penduduk Kampung Sentosa Damai dipindahkan ke PPS

Anggota bomba membantu memindahkan penduduk terjejas banjir di Lorong Damai 8, Kampung Sentosa Damai Pasir Gudang.- Foto: Bomba
Anggota bomba membantu memindahkan penduduk terjejas banjir di Lorong Damai 8, Kampung Sentosa Damai Pasir Gudang.- Foto: Bomba
A
A
A

PASIR GUDANG - Seramai 10 penduduk di Jalan Damai 8, Kampung Sentosa Damai dekat sini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir kilat pada Ahad.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan II, Ramli A Hamid berkata, mereka terdiri daripada dua keluarga ditempatkan di PPS Surau Al- Muzakkir.

Jelasnya, panggilan berhubung kejadian banjir kilat itu diterima pada jam 7.15 malam.

Penduduk terjejas banjir di Lorong Damai 8, Kampung Sentosa Damai Pasir Gudang dipindahkan ke PPS.- Foto: Bomba
Penduduk terjejas banjir di Lorong Damai 8, Kampung Sentosa Damai Pasir Gudang dipindahkan ke PPS.- Foto: Bomba

"Pasukan keluaran operasi (PKO) terdiri daripada lapan anggota tiba di lokasi kejadian dan didapati berlaku banjir kilat setinggi 0.9 meter di sekitar kawasan kampung tersebut.

"Terdapat 10 mangsa yang diselamatkan di lokasi termasuk seorang wanita warga emas yang juga orang kurang upaya (OKU). Anggota bertindak dengan memindahkan semua mangsa ke PPS di Surau Al- Muzakkir menggunakan bot fiber milik penduduk," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Operasi ditamatkan selepas air didapati surut pada jam 8.43 malam dan tiada lagi mangsa yang perlu dipindahkan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!