Maguire kembali dapat kepercayaan United

Harry Maguire kembali dapat tempat dalam kesebelasan utama United. - Foto EPA
Harry Maguire kembali dapat tempat dalam kesebelasan utama United. - Foto EPA
A
A
A

HARRY Maguire menyifatkan keputusannya untuk kekal bersama Manchester United membuahkan hasil apabila kini kembali mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

Pemain berusia 30 tahun itu seolah-olah dipinggirkan di Old Trafford musim lalu selepas kehilangan tempat dalam skuad utama selain dilucutkan jawatan kapten.

Dia juga dikaitkan dengan perpindahan ke West Ham United pada jendela perpindahan musim panas, namun ia tidak menjadi kenyataan.

Keyakinan diri Maguire tidak goyah walaupun prestasinya dikritik banyak pihak dan dia kini kembali berada dalam kesebelasan utama United dalam lapan perlawanan terakhir dalam semua kejohanan.

“Saya bermain 16 atau 17 perlawanan dalam kesebelasan utama musim lalu dan saya rasa saya beraksi dengan sangat baik. Cumanya saya tidak beraksi dengan kerap.

“Sebaliknya, Rapha (Varane) dan Licha (Lisandro Martinez) bermain dengan cemerlang dan mengekalkan banyak rekod tanpa bolos. Saya terpaksa menunggu masa saya dan bersabar.

“Saya mempunyai dua atau tiga peluang musim lalu untuk memulakan perlawanan tetapi saya mengalami kecederaan dua kali, jadi saya tidak pernah mendapat rentak dan tidak pernah mendapat permainan yang boleh saya buktikan kepada pengurus.

“Namun, saya sudah mendapatnya sekarang dan sangat seronok bermain untuk kelab ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Maguire berkata, dia akan terus kekal di United dan berjuang untuk meraih tempat bersama pasukan tersebut.

“Saya bersedia untuk kekal dan berjuang untuk tempat saya dan kami mempunyai empat atau lima bek tengah antarabangsa terkemuka di kelab ini dan persaingan untuk mendapatkan tempat sangat tinggi,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!