Fenomena alam 'cincin berapi' melanda Malaysia

Fenomena Gerhana Matahari Anulus yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia.
Fenomena Gerhana Matahari Anulus yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia.
A
A
A

SHAH ALAM - Fenomena Gerhana Matahari Anulus yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia kini pada kemuncak apabila ia sudah mencapai tahap maksimum antara pukul 1.21 hingga 1.23 petang ini.

Fenomena yang pernah terjadi kira kira 21 tahun lalu iaitu pada 22 Ogos 1998 di Mersing, Johor berlaku sekali lagi dan sekali gus membentuk pembentukan 'cincin berapi'.

Orang ramai teruja melihat fenomena Gerhana Matahari Anulus atau Gerhana Matahari Cincin di Planetarium Negara hari ini. - Foto ZAHID IZZANI
Orang ramai teruja melihat fenomena Gerhana Matahari Anulus atau Gerhana Matahari Cincin di Planetarium Negara hari ini. - Foto ZAHID IZZANI

Tanjung Piai di Johor dan bandar Serian di Sarawak dipilih sebagai lokasi rasmi program Gerhana Matahari Cincin atau pembentukan 'cincin berapi' itu yang juga dikenali dengan panggilan Gerhana Matahari Anulus itu kerana ia hanya berlaku di dua kawasan tersebut sahaja kerana pada ketika itu kedudukan bulan, bumi dan matahari adalah selari.

Gerhana matahari berlaku apabila bulan berada selari antara bumi dan matahari namun jenis gerhana yang berlaku bergantung kepada berapa jauh kedudukan bulan dari bumi.

Orang ramai teruja melihat fenomena Gerhana Matahari Anulus atau Gerhana Matahari Cincin di Planetarium Negara hari ini. - Foto ZAHID IZZANI
Orang ramai teruja melihat fenomena Gerhana Matahari Anulus atau Gerhana Matahari Cincin di Planetarium Negara hari ini. - Foto ZAHID IZZANI

Apabila gerhana berlaku pada ketika bulan berada berhampiran perigee, titik di dalam orbitnya apabila bulan berada paling dekat bumi, bulan akan kelihatan cukup besar untuk menutupi seluruh permukaan matahari atau dikenali juga sebagai gerhana matahari penuh.

Artikel Berkaitan:

Fenomena Gerhana Matahari Anulus atau ‘cincin’ dapat dilihat secara tepat di Kampung Serkat Laut, Tanjung Piai hari ini. Fenomena Gerhana Matahari Anulus turut dapat dilihat di Serian, Sarawak. - Foto Bernama

Namun pada hari ini, bulan akan berada berhampiran apogee, titik di dalam orbitnya apabila bulan berada paling jauh dari bumi, menyebabkan bulan tidak cukup besar untuk menutupi permukaan matahari dan menyebabkan bentuk seakan cincin kelihatan.

Taman Negara Tanjung Piai merupakan lokasi terbaik untuk menyaksikan fenomena ini kerana berada dalam tempoh paling lama berbanding kawasan lain di seluruh Semenanjung.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!