Denmark terpaksa lupakan khidmat dua bintang Manchester United
GERGASI Scandinavia, Denmark terpaksa melupakan khidmat dua bintang Manchester United, Rasmus Hojlund dan Christian Eriksen dalam dua aksi kelayakan Euro 2024.
Hojlund terpaksa meninggalkan padang ketika The Red Devils melakar kemenangan 1-0 ke atas Luton Town di Stadium Old Trafford pada 11 November lalu.
Bekas pemain kelab Serie A Itali, Atalanta itu dikeluarkan pada minit ke-79 separuh masa kedua berikutan kecederaan hamstring
Sementara itu, Eriksen diturunkan dalam kesebelasan utama dikeluarkan pada minit ke-40 separuh masa pertama kerana kecederaan lutut.
Kecederaan dua tonggak itu menyaksikan kem Erik Ten Hag dipalit kecederaan melibatkan lapan pemain.
Sebagai rekod, Hojlund yang berusia 20 tahun menjaringkan dua gol dalam kekalahan 3-4 United kepada Copenhagen FC dalam Liga Juara-Juara pada Rabu.
Angkatan ten Hag berada di tempat keenam Liga Perdana Inggeris selepas permulaan terburuk dalam satu musim sejak 1962.
Denmark akan menentang Slovenia pada Jumaat diikuti Ireland Utara pada Isnin.
Denmark kini mengumpul 19 mata dengan Slovenia di puncak Kumpulan H kelayakan Euro tetapi kedua berdasarkan perbezaan gol.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!