Penganggur didakwa bunuh penyelia ladang

Rahmat Hasrah didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan hari ini atas tuduhan membunuh penyelia ladang empat tahun lalu.
Rahmat Hasrah didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan hari ini atas tuduhan membunuh penyelia ladang empat tahun lalu.
A
A
A

KUANTAN - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan, hari ini atas tuduhan membunuh penyelia sebuah ladang di Gambang di sini, empat tahun lalu.

Tertuduh, Rahmat Hasrah Abdul Razak, 25, hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Majistret Nordiana Abd Aziz.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Rahmat Hasrah didakwa membunuh Zakaria Tahir, 60, di dalam sebuah rumah di Kebun Loh Ten Hee, Batu 16 Gambang, jam 2.30 petang, 7 Oktober 2016.

Rahmat Hasrah didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan hari ini atas tuduhan membunuh penyelia ladang empat tahun lalu.
Rahmat Hasrah didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan hari ini atas tuduhan membunuh penyelia ladang empat tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Azreen Wan Zahid, sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh ditangkap pada 12 Disember lalu di sempadan Thailand selepas lebih empat tahun menghilang diri.

Artikel Berkaitan:

Kes disebut semula pada 28 Januari tahun hadapan bagi lantikan peguam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!